Selamat Datang Para Juri Hakim PedaTEd`24 Zon Utara

Sejarah PedaTEd - Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru (National Conference on Pedagogy and Teacher Education) adalah bermulanya Mesyuarat Libat Urus Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) berhubung Penjajaran Semula Persidangan/Seminar bertarikh 14 Mac 2023, Mesyuarat Pengurusan Profesional (MPP) Bil. 3/2023 bertarikh 9 Jun 2023 dan Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan, Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Bil 2/2023 bertarikh 25-27 Julai 2023, telah bersetuju untuk membuat penyelarasan berhubung pelaksanaan persidangan/seminar penyelidikan dan inovasi IPG bagi tahun 2024 Pada tahun 2024, Persidangan Penyelidikan dan Inovasi IPG peringkat kebangsaan akan diadakan mengikut zon, iaitu Zon Selatan, Zon Timur, Zon Utara, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Penganjuran persidangan tersebut adalah secara bersama antara IPG Kampus mengikut zon. Penganjuran secara bersama mengikut zon dapat mengurangkan kos penganjuran secara keseluruhan seterusnya mendukung dasar penjimatan negara. Penganjuran secara bersama mengikut zon juga dapat mengurangkan beban tugas pensyarah dalam penganjuran persidangan/seminar diperingkat kampus dan ini adalah selaras dengan kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia bertarikh 17 Februari 2023 berhubung Pelaksanaan Langkah Segera Ke Arah Kesejahteraan Guru yang turut melibatkan pensyarah dan pelajar IPG.
No posts.
No posts.